MPK digesa siasat restoran ubah suai secara haram

MPK digesa siasat restoran ubah suai secara haram

Penduduk Bandar Putera Klang menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah itu menyelesaikan masalah melanda persekitaran kediaman mereka sejak beberapa bulan lalu.

Gambar hiasan

Penduduk Bandar Putera Klang menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah itu menyelesaikan masalah melanda persekitaran kediaman mereka sejak beberapa bulan lalu.

Wakil penduduk, Zakaria Abdul Latif berkata antara masalah dihadapi  adalah permukaan jalan tidak rata di jalan Kebun Nanas yang merupakan jalan utama serta jalan-jalan perumahan lainnya yang melibatkan penduduk sekitar.

“Impaknya bila hujan turun pastinya air akan bertakung di tengah jalan tersebut sudah pastinya ia akan merbahayakan pengguna jalan tersebut,” katanya berdasarkan aduan dikirim menerusi emel kepada Komunitikini.

Selain itu, Zakaria berkata penduduk mahu agensi penguatkuasaan itu menyiasat salah sebuah restoran mamak beroperasi 24 jam didapati kotor serta pengubahsuaian yang meragukan.

See also  Yayasan Suria and Ihsan Johor aid Kelantan flood victims

Menurutnya, penduduk mendakwa pengubahsuaian restoran itu tidak mematuhi spesifikasi keselamatan dengan sewenang-wenang menganggu laluan tangga penduduk serta membuat halangan di laluan kecemasan.

” Kami berharap supaya  pegawai dapat turun padang dan menyiasat perkara berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi dan Pengaduan Awam MPK, Norfiza Mahfiz ketika dihubungi berkata pihaknya akan menyiasat aduan tersebut.

“Kita akan memaklumkan hasil siasatan masalah dihadapi penduduk dalam tempoh terdekat,” ujarnya.