Akses udara penting bagi Sarawak

Akses udara penting bagi Sarawak

Akses udara ke Sarawak kini menjadi isu strategik berdasarkan pertumbuhan positif ketibaan pelancong, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Datuk Rashid Khan.

Akses udara ke Sarawak kini menjadi isu  strategik berdasarkan pertumbuhan positif ketibaan pelancong, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Rashid Khan.

Sambil menyuarakan kebimbangan terhadap perjanjian antara Malaysian Airlines (MAS) dan AirAsia baru-baru ini, beliau berkata peserta pelancongan perlu melobi supaya syarikat penerbangan lain mendarat di sini.

“Rancangan mereka untuk merasionalisasikan operasi pastinya mempunyai kesan negatif ke atas industri pelancongan, yang bergantung besar kepada akses udara untuk membawa masuk pelancong ke Sarawak,” katanya kepada pemberita semasa majlis berbuka puasa bersama ejen pelancongan dan media di sini semalam.

Pada 9 Ogos lepas, MAS dan AirAsia menandatangani perjanjian usaha sama bagi mewujudkan kerangka kerja bagi meneroka kemungkinan menjalin kerjasama bersama.

See also  Sarawak drive tourism growth with Indonesia roadshow

Beliau berkata Firefly, dengan purata faktor muatan ke Sarawak kira-kira 70 peratus, tidak akan beroperasi sebagai syarikat penerbangan tambang rendah pada masa ini.

“Bagaimanapun, langkah Malaysia Airports menaikkan cukai lapangan terbang tidak memberi impak besar, terutama bagi pelanggan jarak sederhana dan jauh kerana ia hanya membabitkan bahagian yang minimum daripada perbelanjaan
perjalanan mereka,” katanya.

Berdasarkan angka ketibaan pelawat, Rashid berkata Sarawak merekodkan peningkatan 18.5 peratus sehingga Jun tahun ini berbanding tempoh yang sama  tahun lepas, dengan peningkatan 24 peratus ketibaan pelawat asing.

Beliau berkata STB, sebagai cabang pemasaran dan promosi Kementerian Pelancongan dan Warisan, akan meminta dana tambahan daripada kerajaan negeri untuk menjalankan pelbagai aktivitinya tahun ini.

See also  Kuala Lumpur among Top 10 cities for global arrivals

“Kami akan meneruskan perkara itu memandangkan peruntukan tahunan sebanyak   RM6 juta cukup mencabar untuknya berbanding rakan STB di Sabah yang menerima RM25 juta,” katanya.

Rashid berkata memandangkan STB hanya diperuntukkan RM30 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-10, ia perlu mengurangkan kos operasi dan lebih inovatif dalam menjana pendapatan.

– Bernama