Tabung amal MPK prihatin bantu insan kekurangan

Tabung amal MPK prihatin bantu insan kekurangan

Sebanyak 12 keluarga menerima bantuan bagi ‘Program Tabung Amal MPK Prihatin’ yang diadakan sekitar Pulau Indah antaranya Kampung Sungai Kembong,Perigi Nenas,Teluk Nipah dan Sungai Pinang.

Sebanyak 12 keluarga menerima bantuan bagi ‘Program Tabung Amal MPK Prihatin’ yang diadakan sekitar Pulau Indah antaranya Kampung Sungai Kembong,Perigi Nenas,Teluk Nipah dan Sungai Pinang.

Pemangku Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Klang (MPK),Ikhsan Mukri berkata, setiap keluarga menerima barangan keperluan harian termasuk beras,gula,minyak masak,kuih raya dan pada masa yang sama turut mendapat sumbangan duit raya bagi mereka membuat persiapan untuk Aidilfitri nanti.

“Saya berbangga dengan usaha murni ini dan ia bertepatan dengan motto majlis iaitu MPK Prihatin yang kian mendapat perhatian warga Klang.

“Malah sumbangan yang diberikan ini juga secara tidak langsung dapat membantu keluarga terlibat bagi menyambut hari raya tidak lama lagi,” katanya.

See also  Sukha Charity Fair 2024: A celebration of community spirit

Menurutnya, tabung berkenaan hanya mengambil masa dua minggu mendapat sambutan di luar jangkaan apabila menerima sumbangan pelbagai pihak termasuk pegawai dan kakitangan MPK,pemimpin setempat,ahli-ahli majlis,orang perseorangan dan syarikat swasta yang berkenaan.

Ikhsan berkata,rombongan berkenaan mula bergerak jam 4 petang dan maklumat penerima telah diperolehi melalui Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pengagihan barangan telah dilakukan oleh kakitangan Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam yang bertindak sebagai penyelaras program.

“MPK merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam program ini kerana apa yang disumbangkan telah membantu para penerima yang kesemuanya hidup dalam serba kekurangan dan sememangnya memerlukan bantuan,” katanya.