Penduduk Flora Damansara persoal status terkini projek pembinaan

Penduduk Flora Damansara persoal status terkini projek pembinaan

Mereka bimbang kemungkinan berlakunya kejadian tanah runtuh berikutan kerja pembinaan terletak berhampiran kawasan kediaman sejak beberapa bulan lalu.

Penduduk apartmen Flora Damansara bimbang kemungkinan berlakunya kejadian tanah runtuh berikutan kerja pembinaan terletak berhampiran kawasan kediaman mereka sejak beberapa bulan lalu.

Sehubungan itu, mereka ingin mengetahui status terkini kerja pembinaan dilakukan oleh syarikat kontraktor terbabit kerana tidak mahu tragedi kejadian tanah runtuh berulang kembali.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurut salah seorang penduduk hanya mahu dikenali sebagai Boy, beliau berharap kerja pembinaan itu tidak memberikan kesan negatif kepada penghuni kediaman pada masa hadapan.

“Saya mendapati kebanyakan pokok telah ditebang, jentera berat dan lori pasir seringkali keluar masuk ke tapak pembinaan.

“Apa yang saya risau sekiranya mereka tidak mematuhi garis panduan ditetapkan akan mengakibatkan ekosistem alam terjejas sekaligus hakisan tanah berlaku,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  OIB launches Gardens Idaman, expanding sustainable affordable housing portfolio

Selain itu, beliau turut memberitahu masalah dihadapi penduduk jalan utama menghubungkan kawasan perumahan itu dari arah Damansara Perdana berlubang dan rosak.

Terdahulu, Komunitikini pernah melaporkan isu jalan berlubang dan rosak pada 22 April lalu.

Tinjauan sekitar kawasan apartmen hari ini mendapati keadaan jalan semakin teruk dan tiada kerja membaik pulih dilakukan pihak bertanggungjawab.

Sementara itu, Pegawai perhubungan awam dan korporat MBPJ, Zainon Zakaria ketika dihubungi berkata pemaju kawasan itu belum menyerahkan jalan kepada pihaknya.

Diminta mengulas isu tersebut, menurutnya ianya diluar bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) Petaling Jaya untuk membaikpulih jalan tersebut.

“Pihak pemaju perlu membaikpulih jalan terlebih dahulu sekiranya ingin menyerahkan kepada MBPJ,” ujarnya.

See also  OIB launches Gardens Idaman, expanding sustainable affordable housing portfolio

Mengenai status terkini projek pembinaan, Zainun memberitahu akan menyemak dan memaklumkan dalam tempoh terdekat.