Pos Malaysia jamin kad raya sampai

Pos Malaysia jamin kad raya sampai

Pos Malaysia memberi jaminan bahawa semua kad ucapan raya yang diposkan selewat-lewatnya pada 24 Ogos akan sampai kepada penerimanya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 30 Ogos ini.

Pos Malaysia memberi jaminan bahawa semua kad ucapan raya yang diposkan selewat-lewatnya pada 24 Ogos akan sampai kepada penerimanya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 30 Ogos ini.

Ketua Pusat Mel Nasional, Othman Abdullah berkata Pos Malaysia mengambil kira-kira 50 pekerja sementara di seluruh negara bagi melicinkan pemprosesan penghantaran kad raya ke semua destinasi selain membekukan cuti pekerja bagi
memastikan penghantaran kad ucapan dilakukan mengikut jadual.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Bagi mereka yang menghantar kad ucapan raya selepas tarikh berkenaan bagaimanapun tidak perlu bimbang kerana Pos Malaysia tetap akan memastikan ia sampai kepada penerima, katanya ketika memberikan taklimat media mengenai pemprosesan kad raya di Pusat Mel Nasional di sini hari ini.

See also  GMBB celebrates Malaysian life through culture, stories and traditions

Berdasarkan rekod tahun lepas, daripada 5.11 juta keping kad ucapan raya yang dihantar, Lembah Klang mencatatkan jumlah penghantaran tertinggi iaitu pada kadar 57 peratus, katanya.

Beliau berkata Pos Malaysia menyasarkan peningkatan dua peratus bilangan  penghantaran kad raya pada tahun ini terutamanya dengan pengenalan kempen satu kadar rata bagi kad ucapan perayaan sejak 1 Ogos lalu.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Kadar rata serendah 50 sen di kenakan bagi setiap penghantaran kad ucapan  perayaan yang tidak melebihi berat 50 gram bagi tempoh sehingga 31 Januari tahun depan, katanya.

Kadar istimewa itu dijangka akan turut menggalakkan penghantaran kad perayaan Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina yang bakal disambut nanti, katanya.

See also  Bharatanatyam maestro Shanmuga Sundaram to perform at Sutra House

– Bernama