Pembantu menteri: Semak semula senarai penerima zakat Sabah

Pembantu menteri: Semak semula senarai penerima zakat Sabah

Senarai penerima sumbangan zakat dan fakir miskin Sabah perlu disemak semula bagi memastikan hanya yang benar-benar layak menerimanya.

Senarai penerima sumbangan zakat dan fakir miskin Sabah perlu disemak semula bagi memastikan hanya yang benar-benar layak menerimanya.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata ini kerana mungkin ada penerima tahun lepas yang sudah keluar daripada kepompong kemiskinan sekali gus tidak lagi layak menerima sumbangan zakat.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Sehubungan itu saya mencadangkan agar Pusat Zakat Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah bekerjasama dengan pemimpin tempatan  untuk melakukan semakan dengan lebih  teliti di masa-masa akan datang,” katanya di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas menyampaikan bantuan fakir miskin di Masjid  Saddani Batu 2, Jalan Apas juga mahu pemimpin akar umbi seperti ketua kampung, pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung serta imam agar lebih proaktif memantau dan mengesan golongan yang memerlukan bantuan.

Pada masa yang sama, beliau menyeru umat Islam yang berkemampuan agar menunaikan bukan sekadar zakat fitrah tapi juga zakat harta, kerana selain membersihkan harta yang dimiliki perbuatan itu turut dapat membantu golongan
tidak bernasib baik.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

– Bernama