JPJ Perak: Ops Hari Raya 2011 selama sebulan

JPJ Perak: Ops Hari Raya 2011 selama sebulan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak akan melaksanakan ‘Ops Hari Raya Aidilfitri 2011’ selama sebulan bermula semalam, kata Pengarahnya Jaafar Mohamed.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak akan melaksanakan ‘Ops Hari Raya Aidilfitri 2011’ selama sebulan bermula semalam, kata Pengarahnya Jaafar Mohamed.

Beliau berkata seramai 256 anggota JPJ dari seluruh Perak terbabit dalam operasi yang dilaksana 16 hari sebelum dan 14 hari selepas Aidilfitri itu.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Selain itu, bagi pelaksanaan larangan pergerakan kenderaan berat pula akan dilakukan pada 27 dan 28 Ogos, serta 3 dan 4 Sept,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Jaafar berkata JPJ akan terus melakukan pelbagai jenis penguatkuasaan terutama melibatkan bas iaitu merangkumi pemeriksaan brek dan tayar dalam keadaan yang memuaskan.

“Sementara itu, pemeriksaan di empat terminal seluruh Perak iaitu di Medan Gopeng, Taiping, Teluk Intan dan Lumut pula merangkumi pemeriksaan buku log, pemandu, semakan mata kejara, brek, tayar termasuk ujian air kencing,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Katanya hasil pemeriksaan di depoh, sebanyak 68 bas telah mendapat sijil pemeriksaan yang membenarkan penggunaan bas terbabit, manakala pemeriksaan di terminal pula mendapati kebanyakan bas boleh digunakan dan telah diberikan sijil.

“Sebanyak 300 bas yang beroperasi di seluruh Perak pada musim perayaan kali ini tidak akan terlepas daripada pemeriksaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata JPJ juga akan mengadakan rondaan di laluan maut yang telah dikenal pasti.

“Dalam rondaan tersebut setiap satu pasukan akan dibekalkan dengan sebuah kamera bagi memudahkan mereka menangkap gambar mana-mana pesalah yang akan dijadikan sebagai bukti untuk tindakan siasatan,” katanya.

– Bernama