Program 6P: 1,928,475 warga asing sudah didaftar

Program 6P: 1,928,475 warga asing sudah didaftar

Seramai 1,928,495 pekerja asing sah dan pendatang tanpa izin telah didaftarkan menerusi pejabat Imigresen dan syarikat
pengurus di seluruh negara.

Seramai 1,928,495 pekerja asing sah dan pendatang tanpa izin telah didaftarkan menerusi pejabat Imigresen dan syarikat
pengurus di seluruh negara.

Timbalan Ketua Setiausaha Pendaftaran dan Imigresen Alwi Ibrahim berkata daripada jumlah itu, seramai 1,031,275 merupakan pendatang tanpa izin yang didaftarkan menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P.

“Berdasarkan pecahan, jumlah pendatang tanpa izin yang direkodkan di Sabah sehingga tamat pendaftarannya lima hari lepas ialah 161,548 orang manakala di Semenanjung Malaysia pula ialah seramai 869,727 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu seramai 673,127 orang berdaftar menerusi syarikat pengurus dan 196,600 orang lagi berdaftar di pejabat Imigresen.

Dalam perkembangan lain, Alwi berkata Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada sebuah syarikat pengurus di Johor yang dikenalpasti melanggar aku janji yang ditandatangani dengan kerajaan membabitkan
pengurusan Program 6P.

“Hasil pemantauan Jabatan Imigresen Johor, syarikat itu dikenal pasti telah menyalahguna Program 6P dengan menawarkan kad pengampunan bernilai RM3,000 kepada setiap pendatang tanpa izin yang berdaftar dengan mereka.

“Dengan menggunakan kad itu, pendatang tanpa izin dijanjikan bahawa mereka akan terselamat daripada tangkapan sedangkan kerajaan telah memberi jaminan bahawa semua pendatang tanpa izin yang berdaftar dengan program ini tidak akan ditangkap sehinggalah operasi penguatkuasaan besar-besaran dijalankan sebaik tamat pendaftaran, pengampunan, pemutihan dan pemantauan yang dijangka pada pertengahan November,” katanya.

Alwi berkata syarikat pengurus berkenaan diminta memberi jawapan balas dalam tempoh tiga hari sebelum kerajaan mengambil tindakan kemungkinan membatalkan sijil perakuan kebenaran operasi yang dikeluarkan KDN bagi program
itu.

– Bernama