Lebuhraya Smart akan ditutup kepada semua lalu lintas mulai pukul 11 malam Rabu (17 Ogos) hingga 6 pagi keesokan harinya bagi melancarkan kerja-kerja penyelenggaraan sistem terowong lebuhraya itu.
Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (Smart) dalam kenyataan di sini hari ini berkata pengguna boleh menghubungi talian bantuan Smart di 1-300-88-7188 untuk pertanyaan berhubung penutupan itu.
– Bernama