Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) akan meneruskan siri konsultasi dan pengambilan penghujahan awam berkenaan inkuiri nasional mengenai hak tanah orang asli di lapan buah daerah di Sarawak 17 September 2011 hingga 30 September 2011.
Seperti sesi-sesi yang diadakan di Sabah dan Semenanjung, Inkuiri Nasional ini akan mengkaji punca sebenar masalah berkaitan hak tanah adat secara menyeluruh dari perspektif hak asasi manusia dan akan mengesyorkan langkah penyelesaian yang bersesuaian terhadap masalah tersebut.
Sesi konsultasi ini akan meliputi beberapa daerah di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Betong, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
Orang awam yang ingin mengemukakan penghujahan mereka semasa siri konsultasi ini dinasihatkan membawa bersama bukti-bukti seperti geran/permohonan geran, gambar- gambar, peta dan surat-surat yang berkaitan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat Inkuri Nasional seperti di bawah; Suruhajaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Tingkat 11, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Tel: 03-26125600; Faks: 03-26125620