MTUC menuntut calon PRU13 mengiktirafkan manifesto pekerja

Subang Jaya – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah menyenaraikan 9 tuntutan utama bagi pilihanraya ke 13 ini.

MTUC president Khalid Atan (left) and the new Sec Gen GopalKishnam at the Press Conference
MTUC president Khalid Atan (left) and the new Sec Gen GopalKishnam at the Press Conference

Manifesto MTUC bagi GE13

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)  telah menyenaraikan 9 tuntutan utama bagi pilihanraya ke 13 ini. Berucap hari ini  dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat MTUC Subang Jaya jam 11.00 pagi, Mohd Khalid Atan presiden MTUC memperjelaskan secara panjang lebar kepentingan tuntutan-tuntutan ini kepada kaum pekerja terutama yang mewakili sektor swasta.

Beliau menegaskan bahawa pihak MTUC akan memberi sokongan yang sepenuhnya kepada mana-mana calon yang sanggup untuk merealisasikan tuntutan ini supaya dapat memberi manfaat kepada semua secara keseluruhan.

Katanya “walaupun pada dasarnya MTUC tidak suka berpolitik namun akan memberi sokongan kepada mana-mana pihak yang memberi keutamaan terhadap isu-isu pekerja.

Tambahan beliau, MTUC mahukan undang-undang yang digubal  itu dilaksanakan dengan tegas  dan bukannya di lewatkan, ditangguh atau dimansuhkan atas desakan dan permintaan dari pihak-pihak yang mementingkan kepetingan sendiri terutamanya atas pengaruh dari pihak syarikat besar(multi Nasional corporation) atau mana-mana krooni yang inginkan keuntangan semata-mata dari memberi keutamaan kepdaa kebajikan kaum pekerja.

Seterusnya Gopala Kishnam, Setiausaha Agung menjelaskan “segala tuntutan ini adalah selari dengan hak asasi dan Undang-undang Perburuhan Antarabangsa (ILO), kami bukanlah  menuntut sesuatu yang luar biasa, jelasnya kepada para pihak media yang hadir.

Berikut adalah antara tuntutan yang telah diutarakan:

KAUM PEKERJA MALAYSIA DENGAN INI MENUNTUT BAKAL KERAJAAN MEMBERI JAMINAN:

 

  1. Menghapuskan dengan serta merta, segala bentuk ancaman, penindasan, tindakan yang menghakis kualiti hidup dan menggugat kesejahteraan kaum pekerja.
  2. Menghentikan semua jenis amalan diskriminasi pekerjaan tanpa mengira kaum, gender, agama dan sebagainya;
  3. Menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan dengan mengiktiraf dan mengubal segala undang undang yang menyekat hak kebebasan berkesatuan dan hak bersuara;
  4. Meminda peruntukan undang-undang buruh yang lapuk  dengan mematuhi Deklarasi Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1998 berkenaan prinsip prinsip asasi dan hak hak di tempat kerja;
  5. Mengutamakan Jaminan Pekerjaan (Job Security);
  6. Menghapuskan pengswastaan semua perkhidmatan keperluan asas awam;
  7. Menghapuskan amalan penyumberluaran (out-sourcing) dan penggajian pekerja secara  sistem kontrak;
  8. Pengambilan dan pengurusan pekerja pekerja asing hanya melalui,  Kerajaan ke Kerajaan (Government to Government);
  9. Membina lebih banyak rumah mampu milik bagi pekerja pekerja yang berpendapatan rendah.
Press conference at MTUC HQ in USJ Subang Jaya,
Press conference at MTUC HQ in USJ Subang Jaya,

Rajeswari