Perairan negara dilanda kesan Taupan Muifa hingga Selasa

Perairan negara dilanda kesan Taupan Muifa hingga Selasa

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora termasuk di beberapa
kawasan perairan negara kesan daripada Taufan Muifa di Selatan-Tenggara Pangkalan Tentera Udara Kadena di Jepun hari ini.

Taufan Muifa yang dikesan pada 3 pagi itu kini bergerak ke arah Barat dengan perlahan, demikian menurut kenyataan jabatan itu hari ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Taufan itu kini berada 2,362km ke Utara-Timur Laut Kudat dan 2,395km ke Utara-Timur Laut Sandakan di Sabah.

Berikutan itu, angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berterusan di Phuket, Thailand, sehingga 12 Ogos dan di perairan Sabah (Pantai Barat dan Kudat), Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan sehingga Selasa depan.

See also  Over 100 bird species recorded across Seberang Perai forests

Angin kencang itu turut diramal berlaku di perairan Samui (Kelantan dan Terengganu) serta Tioman (Pahang) pada Ahad dan Isnin ini.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil serta aktiviti rekreasi laut.

– Bernama