Tabung amal MPK prihatin bantu golongan memerlukan

Tabung amal MPK prihatin bantu golongan memerlukan

Majlis Perbandaran Klang (MPK) melancarkan Tabung Amal MPK Prihatin sempena Ramadan bagi membantu golongan tidak berkemampuan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) melancarkan Tabung Amal MPK Prihatin sempena Ramadan bagi membantu golongan tidak berkemampuan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Pengarah Komunikasi dan Pengaduan Awam MPK, Norfiza Mahfiz berkata tabung amal yang dilancarkan semalam hingga 15 Ogos ini, jumlahnya akan disalurkan kepada golongan yang kurang bernasib baik di daerah ini.

“Ini sebagai salah satu program prihatin menggalakkan warga Klang menderma sempena kedatangan bulan yang mulia ini.

“MPK menyediakan tabung derma tersebut di ibupejabat  pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bagi membuka peluang kepada kakitangan untuk melakukan amal ibadat yang barakah ini,” tambahnya lagi.

Menurut beliau, aktiviti kunjungan oleh ahli-ahli majlis MPK untuk menyerahkan bantuan kepada fakir miskin di Klang akan diadakan sebagai tanggungjawab sosial kepada warga-warga yang memerlukan sebelum Hari Raya Aidilfitri menjelma.

See also  Tealive pledges one million free school meals

“Sumbangan ini khusus bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang kurang berkemampuan untuk meraikan Aidilfitri,” katanya.

Mereka yang ingin membuat sumbangan boleh menghubungi Majlis Perbandaran Klang di talian prihatin 1 800 88 23826 bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai tabung berkenaan.