Kebebasan media selalu dilaung laungkan oleh journalis journalis yang dibelakangi National Union of Journalists (NUJ) dalam semua bidang.
Polisi ini dipraktis disemua negara maju, kecuali Singapura, dan ianya dipelopori oleh Amerika Syarikat.
Mereka amat berbangga dengan pegangan ‘Freedom of the Press’ mereka dan bukti terbaik di mana ianya dapat menyelamatkan negara ialah skandal Watergate di mana dua journalis Washington Times telah membongkar konspirasi Presiden Nixon yang telah mengarahkan supaya ibu pejabat Parti Republican dipecah masuk dan buat seolah olah ianya hanya satu rompakan biasa.
Ini sewajarnya kerana, di negara bukan monarki, medialah merupakan tunggak ‘check and balance’ pemerintahan negara selain eksekutif dan judisiari.
Walaupun kerajaan BN mengekang media, terutamanya media arus perdana elektronik dan cetak, internet masih bebas.
Alam maya Malaysia adalah satu contoh kebebasan media dalam mana sesiapa sahaja boleh menyatakan pendapat atau menyampaikan berita tanpa disensor yang tidak terdapat dalam media arus perdana.
Media sosial merupakan media yang paling aktif dan paling berkesan untuk menyampaikan mesej sewaktu PRU baru baru ini oleh kerana media arusperdana telah hilang kredibiliti.
Walaupun terdapat banyak kebaikan dalam kebebasan media tetapi ada juga bahayanya.
Bukti terbaik adalah berita angin yang disebarkan bahawa berlaku bekalan elektrik dipadamkan sewaktu proses mengira undi.
Ini menyebabkan mereka yang percaya marah kerana ia membuktikan ada konspirasi kerajaan secara terang terangan dengan TNB
Walaubagaimanapun, khabar angin itu dengan segera dilenyapkan oleh media yang sama, membuktikan kebebasan media sepatutnya diimplemen dinegara kita kerana reaksi rakyat sudah tidak seagresif dulu.
Posting-posting yang dibuat sesetengah pengguna Facebook telah memanaskan telinga ramai pembacanya dan ada yang emosional, walaubagaimanapun, yang agak menariknya ialah, tidak pula berlaku kemarahan meluap di kalangan rakyat secara beramai ramai.
Kita masih lagi menunggu reaksi dari rakyat selanjutnya berdasarkan perkembangan perkembangan terbaru arena politik tempatan yang agak volatil kerana berbagai perkara luar jangka telah berlaku.
Jika media sosial terutamanya Facebook dapat meredakan keadaan gusar ini, maka terbuktilah bahawa media yang bebas di negara kita tidak perlu ditakuti oleh sesiapa kecuali mereka yang tidak mahu kebenaran didedah.