Gajah denak bantu pindah dua gajah liar di Hulul Besut

Gajah denak bantu pindah dua gajah liar di Hulul Besut

Dua ekor gajah denak ‘Che Mek’ dan ‘Kala’ digunakan dalam operasi memindahkan seekor daripada dua gajah jantan liar
yang ditangkap berhampiran kebun getah di Sungai Tenang, Hulu Besut.

Dua ekor gajah denak ‘Che Mek’ dan ‘Kala’ digunakan dalam operasi memindahkan seekor daripada dua gajah jantan liar
yang ditangkap berhampiran kebun getah di Sungai Tenang, Hulu Besut.

Gajah jantan seberat 1.5 tan itu akan dibawa ke Pusat Santuari Gajah di Sungai Kemia, Hulu Terengganu, hari ini.
Operasi yang dipimpin Ketua Bahagian Konservarsi Jabatan Perlindungan

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · November 2026 · Penang / KL / JB

Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu, Mohd Affendi Ibrahim itu mengambil masa lebih dua jam yang bermula 9 pagi tadi.

Dua gajah denak itu telah dibawa khas dari Unit Gajah Kuala Gandah, Lanchang, Pahang bersama beberapa anggota unit itu termasuk gembalanya bagi melancarkan operasi pemindahan itu.

Mohd Affendi ketika ditemui di tempat operasi berkata gajah jantan pertama ditangkap Isnin lalu dan dipindahkan dengan menggunakan lori ke Sungai Tenang.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
From RM1,000
Get featured →
See also  You cleaned it yesterday. Why does it smell again today?

“Sebelum itu gajah jantan itu diiringi sejauh kira-kira 300 meter dari tempat dia diikat oleh Che Mek dan Kala,” katanya.

Ketua Perhilitan Besut dan Setiu, Edley A Jiliun dan 25 kakitangan Perhilitan Terengganu dan Kuala Gandah turut terlibat dalam operasi memindahkan gajah tersebut.

Sepanjang operasi itu, usaha untuk menaikkan gajah liar jantan berusia dianggarkan tujuh tahun dengan ukur lilit tapak kaki sebesar 0.3 meter itu berjalan lancar tanpa berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Menurutnya, gajah kedua yang ditangkap Rabu lalu pula akan dipindahkan esok (Jumaat) dan ia lebih besar berbanding gajah yang dipindahkan hari ini yang dianggarkan berusia 15 tahun.

“Operasi pemindahan gajah kedua itu akan dilakukan dengan bantuan pasukan yang sama yang menjayakan operasi hari ini,” katanya.

See also  El Niño heat warning: what it means for Malaysian fishermen

Dua gajah yang ditangkap oleh pasukan Perhilitan Terengganu itu dikesan berada di kawasan Hulu Besut sejak sebulan lalu setelah terpisah daripada kumpulannya.

Kehadirannya telah menyebabkan penduduk tempatan terutamanya penoreh getah tidak dapat pergi ke kebun mereka kerana khuatirkan keselamatan mereka.
– Bernama