UUM jimat hampir RM500,000 dengan mengubah jadual waktu

UUM jimat hampir RM500,000 dengan mengubah jadual waktu

Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya menjimatkan hampir RM500,000 apabila mengubah jadual waktu kuliah dengan tidak mengadakan sebarang kelas pada waktu malam sejak awal tahun ini.

Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya menjimatkan hampir RM500,000 apabila mengubah jadual waktu kuliah dengan tidak mengadakan sebarang kelas pada waktu malam sejak awal tahun ini.

Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pendekatan baru itu membolehkan warga kerja dan penuntut universiti itu berehat secukupnya pada waktu malam di samping memberi mereka lebih masa berkualiti bersama keluarga.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Langkah itu bukan saja menjimatkan wang ringgit, malah pada waktu malam pelajar boleh menelaah pelajaran dan melakukan aktiviti lain yang bermanfaat untuk pembinaan sahsiah.

“Ia juga mengurangkan perbelanjaan untuk kerja lebih masa dan bayaran sewa bas untuk membawa pelajar dalam kawasan kampus turut berkurangan,” kata beliau pada Hari Inovasi dan Majlis Penganugerahan UUM hari ini.

See also  USM ranking jumps into the global top 350 in THE 2027 list

Beliau berkata, penjimatan itu juga adalah hasil kerjasama kakitangan yang menggunakan semua sumber yang ada dengan cekap dan secara optimum.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
From RM1,000
Get featured →

Mohamed Mustafa berkata, pihak pengurusan universiti juga berjaya mengurangkan perbelanjaan kira-kira RM90,000 untuk pengangkutan air menggunakan lori bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan itu dalam kampus.

“Apabila berita mengenai masalah air disiarkan media, ia akhirnya dapat diselesaikan dan kini UUM mempunyai bekalan air yang melimpah,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata UUM juga akan sentiasa berusaha untuk memperkasakan universiti berkenaan terutama dalam aspek sistem penyampaian dan pengurusan.

Beliau berkata, pihaknya tidak boleh bertolak ansur atau memandang remeh terhadap perkara berkenaan kerana sebagai sebuah universiti pengurusan terkemuka, setiap modal insannya perlu menjadi contoh ikutan kepada pihak luar.

See also  Sarawakian educator Galvin Lee named 2026 JCI TOYM Honouree

“Setiap modal insan di universiti ini perlu sentiasa mencungkil bakat masing-masing di samping menunaikan tanggungjawab mereka di luar kebiasaan bagi mencapai kejayaan yang memberangsangkan,” katanya.

– Bernama