Projek tebatan dan terusan atasi masalah banjir di Kuching

Projek tebatan dan terusan atasi masalah banjir di Kuching

Projek tebatan dan terusan dari Sungai Sarawak ke Laut China Selatan mampu mengatasi masalah banjir di bandar raya
Kuching sebelum penghujung Rancangan Malaysia Ke-11, kata Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak Amar Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata projek bernilai RM2 bilion itu membabitkan pembinaan terusan sepanjang 8.2 kilometer selebar 200 hingga 300  meter dari Sungai Sarawak ke Batang Salak dan dua baraj yang berfungsi untuk mengawal air daripada
melimpah ke kawasan bandar raya.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Projek tebatan dan terusan untuk mengatasi banjir ini telahpun bermula tahun 2009 dan kini 1.5 kilometer pembesaran sungai bermula dari Sungai Lemidin telahpun bermula dengan kos RM148 juta,” katanya kepada pemberita selepas
melawat projek itu di Sungai Lemidin hari ini.

Abang Johari, yang juga Menteri Pelancongan dan Warisan Sarawak, berkata projek itu turut mengambil berat tentang pemuliharaan alam  sekitar khasnya di kawasan hutan bakau di Batang Salak.

Menurutnya kajian telahpun dibuat sebelum projek itu dilaksanakan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Penduduk sekitar tidak perlu bimbang  dengan kemusnahan alam sekitar kerana selepas projek tersebut siap kawasan persekitaran akan kembali seperti asal,” kata Abang Johari.

– Bernama