Tujuh rakyat Indonesia guna pasport orang lain ditahan di Tawau

Tujuh rakyat Indonesia guna pasport orang lain ditahan di Tawau

Jabatan Imigresen menahan tujuh rakyat Indonesia di Lapangan Terbang Tawau kerana disyaki menggunakan pasport bukan milik mereka untuk ke Kuala Lumpur.

Jabatan Imigresen menahan tujuh rakyat Indonesia di Lapangan Terbang Tawau kerana disyaki menggunakan pasport bukan milik mereka untuk ke Kuala Lumpur.

Ketua Imigresen Tawau Ibrahim Tamsil berkata empat lelaki dan tiga wanita yang berumur antara 21 dan 43 tahun itu ditahan pada pukul 9.30 malam tadi ketika melalui kaunter pemeriksaan Imigresen untuk berlepas ke ibu negara.

“Kami dapat mengesan mereka apabila wajah pembawa pasport tidak sama dengan gambar dalam pasport yang dibawa,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mereka tiba secara haram di Tawau dua atau tiga hari lepas melalui Sungai Kalabakan dari Indonesia, dipercayai didalangi satu sindiket.

Kesemua mereka kini ditahan di Pusat Tahanan Sementara selama 14 hari mengikut Seksyen 51 (5) (b) Akta Imigresen 1966, katanya.

– Bernama