KHS anjur seminar peperiksaan

KHS anjur seminar peperiksaan

Kelab Harmoni Selangor (KHS) akan mengadakan Seminar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 24 Julai bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 7, di sini.

Kelab Harmoni Selangor (KHS) akan mengadakan Seminar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 24 Julai bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 7, di sini.

Pengerusi Biro Pendidikan KHS, Jamal Abd Mois berkata pihaknya mensasarkan seramai 50 peserta dan keutamaan diberikan kepada anak –anak ahli KHS dan warga negeri ini.

Menurutnya, seminar yang diadakan itu bertujuan untuk meningkatkan lagi kecemerlangan di kalangan pelajar terutama mereka yang berprestasi rendah terutama bagi yang akan menghadapi UPSR nanti.

“Para penjaga perlu merebut peluang ini bagi memantapkan lagi kefahaman anak-anak mereka terutama dalam subjek Matematik dan Sains.

“Malah ia juga akan memberi teknik pembelajaran berkesan pada peserta terutama dalam menghadapi UPSR kelak,” katanya.

See also  APU student wins big with wonderland-inspired chair

Jamal berkata bagi mereka yang berminat diminta untuk mendaftar awal kerana beliau menjangkakan sambutan di luar jangkaan khususnya pelajar sekitar kawasan ini.

Menurutnya yuran sebanyak RM 20 dikenakan dan pihaknya menyediakan makan minum serta bahan ulangkaji dan guru-guru berpengalaman pada seminar itu.

“Bagi mereka berminat bolehlah menghubungi saya di talian 017-2245365 untuk pendaftaran bagi memudahkan KHS menyediakan segala keperluan pada seminar itu nanti,” katanya.