Parlimen Belia dijangka bersidang hujung tahun depan

Parlimen Belia dijangka bersidang hujung tahun depan

Bengkel Pelaksanaan Parlimen Belia yang bermula semalam akan menentukan bentuk model dan sistem pelaksanaan Parlimen Belia, yang dijangka memulakan persidangannya hujung tahun depan.

Bengkel Pelaksanaan Parlimen Belia yang bermula semalam akan menentukan bentuk model dan sistem pelaksanaan Parlimen Belia, yang dijangka memulakan persidangannya hujung tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan Ahmad Shabery Cheek berkata bengkel itu akan mengenal pasti ciri-ciri dalam model tersebut termasuk umur ahli, lokasi dan isu yang hendak dibincangkan dalam persidangan Parlimen Belia itu nanti.

“Kita ada beberapa pilihan tentang model apa yang hendak dipakai atau kita mahu membina model kita sendiri. Semuanya akan dibentangkan dan kita mahu jawatankuasa dalam bengkel ini dapat mengemukakan model itu.” kata beliau.

– Bernama

See also  MCTF champions sustainability for future workforce