Pesta Rumbia kembali di Kuala Penyu

Pesta Rumbia kembali di Kuala Penyu

Pesta Rumbia yang ke-22 akan diadakan pada 8 hingga 10 Julai ini dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Musa Aman di Dewan Shah Bandar Makang, di sini.

Pesta Rumbia yang ke-22 akan diadakan pada 8 hingga 10 Julai ini dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Musa Aman di Dewan Shah Bandar Makang, di sini.

Pengerusi penganjur yang juga merangkap Pegawai Daerah Kuala Penyu, Edmund Teo, ketika dihubungi berkata, Pesta Rumbia tahun ini akan menampilkan pelbagai acara baru yang diharapkan mampu menarik kehadiran orang ramai untuk bersama-sama meraikan pesta ini yang akan diadakan selama tiga hari.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Kehadiran orang ramai dari dalam dan luar daerah amat dialu-alukan untuk memeriahkan lagi pesta ini yang mana ianya disambut setiap tahun pada bulan Julai,” katanya.

Tambah beliau lagi, pelbagai acara menarik akan diadakan, antaranya, pertandingan futsal, pertandingan memancing, lumba berbasikal, pertandingan tarik tali, sukaneka rumbia, pertandingan tarik tali, sukaneka rumah, pertandingan melukis dan mewarna bagi kategori kanak-kanak dan pelbagai acara lagi.

“Selain itu, pelbagai gerai-gerai pameran dan jualan dari agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah akan turut serta bagi mempamerkan produk-produk makanan tradisional Sabah,” jelasnya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Kehadiran masyarakat amat dialu-alukan untuk memeriahkan acara ini.

 

Clifford Jeffery