24 sekolah rendah di Papar terima sumbangan buku

24 sekolah rendah di Papar terima sumbangan buku

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap ahli Parlimen Papar menyumbangkan Modul ‘Bijak Mengarang’ berjumlah 210 buah kepada 24 buah sekolah kebangsaan di Parlimen Papar.

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Hj. Abd. Rashid Shirlin menyumbangkan Modul ‘Bijak Mengarang’ berjumlah 210 buah kepada 24 buah sekolah kebangsaan di Parlimen Papar pada Program Pelancaran Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia di padang daerah Papar, Sabtu lepas.

Sekolah-sekolah terbabit ialah SK Gana, SK Padawan, SK Kogopan, SK Limputong, SK Sabandil, SK Mandalipau, SK Mook, SK Tampasak, SK Tanaki, SK Rampazan, SK Kinarut, SK Kawang, SK Pekan Papar, SK Pengalat Besar, SK Pengalat Kecil, SK Pantai Manis, SK Kuala, SK Kelanahan, SK Buang Sayang, SK Surati, SK St. Joseph, SK Kaiduan, SK Benoni dan SK Beringgis.

See also  EKTA scholarships encourage Sikh youth to consider TVET careers

“Sumbangan ini bertujuan untuk membantu murid memantapkan kemahiran dan memahami teknik-teknik menjawab Bahasa Melayu (BM) Penulisan khususnya pelajar tahun enam,” katanya menambah bahawa modul tersebut diagihkan mengikut keperluan dan bilangan yang sesuai oleh Pejabat Daerah Papar melalui bahagian kurikulum unit bahasa.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

 

Clifford Jeffery