Ketua menteri lancar kempen Go Green, berbasikal dua kilometer

Ketua menteri lancar kempen Go Green, berbasikal dua kilometer

Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam, barisan anggota Exco dan ketua serta pegawai jabatan kerajaan hari ini berbasikal sejauh kira-kira dua kilometer berbasikal ke tempat kerja bagi menjayakan misi “go green”.

Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam, barisan anggota Exco dan ketua serta pegawai jabatan kerajaan hari ini
berbasikal sejauh kira-kira dua kilometer berbasikal ke tempat kerja bagi menjayakan misi “go green”.

Memulakan kayuhan dari kediaman Ketua Menteri di Seri Bendahara, di Ayer Keroh, di sini, Mohd Ali yang berbaju Melayu warna hijau berkonvoi bersama hampir 100 peserta dan memasuki perkarangan Seri Negeri tepat pukul 8 pagi.

Kempen berbasikal ke tempat kerja itu bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar dan merealisasikan matlamat Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang 2020.

“Saya galakkan semua rakyat di seluruh negeri ini mencontohi program jom berbasikal ini dalam menyokong usaha kerajaan melaksanakan misi “go green” ini,” kata Mohd Ali kepada pemberita.

See also  Garmin, Reef Check partnership removes 755kg of ocean waste

Kerajaan Persekutuan baru-baru ini menetapkan Melaka sebagai negeri model pertama negeri teknologi hijau.

Mohd Ali berkata program hari ini sebagai langkah permulaan kakitangan kerajaan dan orang ramai menggunakan basikal ke tempat kerja masing-masing.

“Saya sendiri pada setiap hari Jumaat selepas ini akan berbasikal ke pejabat di Seri Negeri,” katanya.

Mohd Ali turut meminta semua agensi dan jabatan kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengadakan program masing-masing dalam aktiviti berbasikal itu.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membina jalan seluas satu meter setengah sebagai laluan berbasikal untuk pergi dan balik dari Seri Negeri ke Kampung Tun Razak di sini, kira-kira empat kilometer yang dijangka siap akhir
tahun ini.

See also  Brother Malaysia leads turtle conservation efforts in Cherating

– Bernama