Bekas penolong gabenor Bank Negara didakwa terima rasuah

Bekas penolong gabenor Bank Negara didakwa terima rasuah

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Mohamad Daud Dol Moin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan menerima suapan membabitkan wang tunai RM100,000 daripada seorang ahli perniagaan.

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Mohamad Daud Dol Moin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan menerima suapan membabitkan wang tunai RM100,000 daripada seorang ahli perniagaan.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohamad Daud, 58, didakwa menerima suapan iaitu wang tunai RM50,000 daripada Abdul Kayum Syed Ahmad, 62, melalui seorang lelaki dalam membantu mendapatkan kontrak berkaitan permohonan projek Pencetakan Wang Polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima suapan RM50,000 daripada orang yang sama dengan tujuan yang sama. Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam Restoran Dome yang beralamat G7 Ground Floor Bangsar Shopping Center Kuala Lumpur, pada 1 Dis 2004 dan 16 Feb 2005.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup menawarkan jaminan sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan pihak pembelaan yang diwakili peguam Collin Goonting dan J.D Goonting tiada bantahan dengan jaminan itu.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan jaminan itu dan menetapkan 2 Ogos untuk sebutan semula kes.

– Bernama