Pakej baru KTM ke Singapura akan diperkenalkan

Pakej baru KTM ke Singapura akan diperkenalkan

Setelah Stesen Kereta Api Tanjong Pagar di Singapura ditutup buat selama-lamanya tengah malam tadi, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) akan memperkenalkan pakej baru bagi menarik pelancong menggunakan perkhidmatannya ke republik itu.

Setelah Stesen Kereta Api Tanjong Pagar di Singapura ditutup buat selama-lamanya tengah malam tadi, Keretapi Tanah
Melayu Bhd (KTMB) akan memperkenalkan pakej baru bagi menarik pelancong menggunakan perkhidmatannya ke republik itu.

Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan berkata antara pakej yang akan diadakan ialah seperti pakej melancong ke Universal Studio dan Pulau Sentosa.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Beliau berkata pakej itu bukan hanya bertujuan menarik pelancong Malaysia ke Singapura sahaja tetapi ia turut mampu menarik pelancong dari negara itu untuk membeli pakej-pakej menarik “Rail Tourism” yang mempromosikan Malaysia.

Aminuddin ditemui pemberita selepas tiba di Stesen JB Sentral di sini dengan menaiki tren terakhir dari Stesen Tanjong Pagar pada pada 12.18 tengah malam tadi.

See also  Center for Strategic Research and Discover Russia Showcase Russia’s Tourism Potential at PATA Travel Mart 2026 in Malaysia

Tren terakhir dengan 17 gerabak itu dipandu oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Bermula hari ini, perkhidmatan KTMB dari dan ke Singapura beroperasi dari stesen Woodlands di republik itu.

– Bernama