Tag satelit untuk buaya air masin di Borneo

Tag satelit untuk buaya air masin di Borneo

Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) dan Pusat Lapangan Danau Girang baru-baru ini meletakkan tag satelit pada buaya air masin di Kinabatangan, sebagai usaha memantau pergerakannya bagi memastikan kelangsungan hidup haiwan itu berikutan perubahan landskap akibat kegiatan perladangan.

Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) dan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) baru-baru ini meletakkan tag satelit pada
buaya air masin di Kinabatangan, sebagai usaha memantau pergerakannya bagi memastikan kelangsungan hidup haiwan itu berikutan perubahan landskap akibat kegiatan perladangan.

Pengarah SWD Dr Laurentius Ambu berkata usaha meletakkan tag pada buaya jantan sepanjang empat meter yang diberi nama ‘Girang’ itu, merupakan inisiataf pertama seumpama itu di Borneo, dan juga mungkin yang pertama di Asia Tenggara.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Ia dijalankan di kawasan Pusat Lapangan itu dengan bantuan Unit Menyelamat   SWD, katanya dalam kenyataan bersama SWD dan DGFC di sini hari ini.

“Susulan Persidangan Konflik Manusia-Buaya yang diadakan di Kota Kinabalu pada Jun 2010, SWD melahirkan hasrat untuk menjalankan kajian saintifik mengenai punca utama peningkatan konflik itu sepertimana dialami di sungai-sungai besar di Sabah.

See also  Fire burns 2.42 hectares at FRIM's Bidor research site

“Inisiatif meletakkan tag pada buaya air masin dengan alat satelit, merupakan permulaan bagi penyelidikan jangka panjang dan program pemuliharaan yang diusahakan oleh Jabatan kami dan DGFC,” kata Ambu.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Pengarah DGFC Dr Benoit Goossens, selaku ketua Program Buaya Kinabatangan, menjelaskan kegiatan perladangan mengakibatkan kemerosotan ketara jumlah haiwan buruan khususnya kepada sebahagian besar individu.

“Keadaan ini menimbulkan keadaan bahaya di kawasan sekeliling. Ini terbukti daripada kadar serangan di kawasan berhampiran perladangan amat tinggi berbanding dengan di kawasan hutan.

“Dengan meletakkan tag pada buaya di kawasan perladangan dan kawasan hutan, dan khususnya yang jantan yang berpotensi menyerang manusia, kami akan cuba memahami dan memantau pergerakan penyerang ini,” kata Gossens.

See also  Penang wetland hosts 20,000 migratory birds each season

Diharapkan hasilnya akan dapat membantu dalam menyediakan garis panduan bagi pekerja ladang dan penduduk kampung, dalam mengurangkan serangan maut dan juga menyumbang kepada perlindungan spesies amat penting ini bagi kesihatan ekosistem dan pelancongan, katanya.

– Bernama