Pelabur asing dipelawa manfaatkan pembangunan bandar di Perlis

Pelabur asing dipelawa manfaatkan pembangunan bandar di Perlis

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mempelawa para pelabur asing melihat potensi dan mengambil peluang merancakkan rancangan pembangunan bandar-bandar baru di Perlis yang sedang direncanakan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mempelawa para pelabur asing melihat potensi dan mengambil peluang merancakkan rancangan pembangunan bandar-bandar baru di Perlis yang sedang direncanakan.

Baginda, yang menerima menghadap kepimpinan Kamar Dagang dan Industri (Kadin) Jawa Barat malam tadi, bertitah antara bandar baru yang sedang dibangunkan ialah Pauh Putra, Chuping Valley dan bandar maritim Kuala Perlis.

Kadin boleh menghubungi kerajaan negeri Perlis melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) atau berbincang dengan dewan-dewan perniagaan di Perlis bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan bandar baru berkenaan dan menghasilkan situasi menang-menang, titah baginda dalam satu siaran media kepada Bernama hari ini.

See also  Exclusive waterfront living at Lightwater Residences

Kepimpinan Kadin Jawa Barat yang menghadap baginda ialah Pengerusi Tetap Perhubungan Perdagangan Dalam dan Luar, Yusuv Suhyar dan Pengerusi Himpunan Pengusaha Muda Indonesia kawasan Bandung, Herrwianto Muchtar.

Raja Muda, yang kini berada di Bandung dalam rangka lawatan selama empat hari sejak Jumaat, bertitah Perlis seharusnya menjadi destinasi tarikan pelaburan baru khususnya dalam sektor industri halal, logistik, teknologi hijau
dan pelancongan.

Perlis merupakan anggota rantau pertumbuhan segi tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) yang membabitkan 22 wilayah di ketiga-tiga negara itu dengan kawasan seluas 569,652 kilometer persegi dengan jumlah penduduk 66.7 juta.

Titah baginda, Perlis bersedia menjadi lokasi pelaburan yang relevan bagi rantau IMT-GT manakala kedudukannya di dalam kawasan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), satu inisiatif pembangunan membabitkan kerjasama kerajaan dan swasta, akan memacu pertumbuhan ekonomi berfokus sektor pertanian, pembuatan, pelancongan dan logistik.

See also  Savvy @ Riana Dutamas: Redefining urban living

– Bernama