Anggota rela dinasihatkan tidak salah guna kuasa

Anggota rela dinasihatkan tidak salah guna kuasa

Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan dan sentiasa merujuk kepada pihak atasan masing-masing dalam apa jua tindakan yang diambil.

Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan dan sentiasa merujuk kepada pihak atasan masing-masing dalam apa jua tindakan yang diambil.

Kolonel Kehormat Rela Kulaijaya, Cheong Ching Liang berkata  anggota Rela perlu menjaga nama baik platun masing-masing selain membantu menjaga keselamatan dan keharmonian komuniti setempat.

“Pasukan Rela merupakan antara barisan hadapan untk menjaga keamanan negara tanpa mengharapkan sebarang imbuhan.

“Malah pada hari ini tanggungjawab pasukan ini juga semakin besar termasuk membantu masyarakat ketika menghadapi bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Penyerahan Kad Anggota dan Ujian Kawad Kaki Tahap 1 anjuran Platun rela 188, 289 dan 656 di Dewan Raya Kampung Rahmat, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau yang juga ADUN Bukit Batu turut menyampaikan peruntukan sebanyak RM3,000 kepada Platun Rela 288 bagi menyediakan kemudahan elektrik di pondok kawalan Rela berkenaan.

“Saya berharap peruntukan yang diberikan akan dapat memberi impak yang lebih baik kepada angora Rela untuk menyumbangkan tenaga membantu orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Program, Mohd Ali Hashim berharap, seluruh anggota Rela dapat memberikan kerjasama jitu diantara satu sama lain dan penduduk setempat agar matlamat menjaga keselamatan setempat dapat disapai.

“Pasukan Rela di kawasan Kampung Rahmat ini telah lama ditubuhkan iaitu semenjak tahun 1987 lagi.

“Oleh itu, saya berharap komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan setiap anggota sehingga hari ini dapat dikekalkan agar setiap aktiviti yang diatur dapat berjalan dengan lancar,” katanya.