MPK: 2524 kompaun kenderaan berat dikeluarkan

MPK: 2524 kompaun kenderaan berat dikeluarkan

Sebanyak 2524 kompaun kenderaan berat dikeluarkan sepanjang lima bulan pertama tahun ini melibatkan seluruh kawasan daerah Klang.

Sebanyak 2524 kompaun kenderaan berat dikeluarkan sepanjang lima bulan pertama tahun ini melibatkan seluruh kawasan daerah Klang.

Pemangku Yang Di Pertua,Majlis Perbandaran Klang (MPK),Ikhsan Mukri berkata,bagi tujuan itu pihaknya menggunakan Seksyen 46 (1) (g) Akta Jalan Parit Bangunan (AJPB) 1974 dan Undang-Undang Kecil (UUK) 7 (1) Taman MPK 2005.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn citizen journalism with AI tools, get published on cj.my, and earn up to RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting July 2026 · KL / JB / Penang

Menurutnya,catatan tertinggi dicatatkan pada Mac iaitu 1077 kompaun dan mulai menurun pada dua bulan berikutnya selepas penguatkuasaan agresif daripada Jabatan Penguatkuasa dan pihak yang berkenaan.

“Operasi kompaun seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin terutama risiko kemalangan yang akan berlaku apabila kenderaan berat ini diletakkan di bahu-bahu jalan.

“Malah ia juga mendatangkan bahaya kepada orang ramai apabila ia diletakkan di kawasan gelap selain mengganggu lalulintas terutama di kawasan perumahan,” katanya.

Ikhsan berkata majlis juga mempunyai skuad pemantau terhadap kenderaan itu dan pihaknya meminta kerjasama pemilik atau pemandu untuk tidak meletakkan kenderaan di lokasi yang boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dalam hal itu kerana ia melibatkan soal keselamatan dan majlis juga telah meletakkan papan tanda amaran berkaitan meletakkan kenderaan berat di situ.