Sebanyak 1,374 kes Ah Long direkod sejak 2005

Sebanyak 1,374 kes Ah Long direkod sejak 2005

Sebanyak 1,374 kes berhubung salah laku pemberi pinjam wang atau Ah Long telah direkodkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak awal tahun 2005 sehingga Mei tahun ini.

Sebanyak 1,374 kes berhubung salah laku pemberi pinjam wang atau Ah Long telah direkodkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak awal tahun 2005 sehingga Mei tahun ini.

Timbalan menteri berkenaan, Lajim Ukin, berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 739 kes telah didakwa, 25 orang telah dibicarakan di mahkamah manakala enam orang telah disabitkan kesalahan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Kesemua mereka ini telah pun diambil tindakan, kementerian dengan agensi-agensi terlibat akan terus bertindak apabila kita terima aduan dari peminjam dan orang ramai,” katanya menjawab soalan Abdul Manan Ismail
(BN-Paya Besar) pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Abdul Manan ingin tahu mengenai pengawasan pihak berkuasa terhadap aktiviti salah laku pemberi pinjam wang atauAh Long yang masih berleluasa di bandar.

Lajim berkata hukuman denda juga telah dipertingkatkan dari minimum RM20,000 kepada RM250,000 dan maksimum RM100,000 kepada RM1,000,000 bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan penguatkuasaan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Kementerian juga melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan dengan membatalkan talian telefon yang tertera pada iklan-iklan haram yang ditampal di tepi jalan dan harta awam,” katanya.

Beliau berkata pemantauan dan pemeriksaan ke atas premis Pemberi Pinjam Wang Berlesen juga giat dijalankan di mana pihak kementerian dapat mengenal pasti kesalahan yang cenderung dilakukan oleh pemegang lesen seterusnya dapat
mengekang pelanggaran ke atas peruntukan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

“Kementerian juga menyeru orang ramai sekiranya ada peminjam-peminjam tidak berlesen, perlu dimaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

– Bernama