Denggi ragut nyawa wanita hamil di Sabah

Denggi ragut nyawa wanita hamil di Sabah

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Hasan Abdul Rahman berkata seorang surirumah di Sabah berusia 25 tahun yang sedang hamil anak pertama, meninggal dunia bersama dengan anak yang dikandungnya berikutan komplikasi jangkitan
denggi.

Sebanyak 375 kes demam denggi dengan satu kematian dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh 12 Jun hingga 18 Jun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Hasan Abdul Rahman berkata seorang surirumah di Sabah berusia 25 tahun yang sedang hamil anak pertama, meninggal dunia bersama dengan anak yang dikandungnya berikutan komplikasi jangkitan
denggi.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Aktiviti kawalan iaitu semburan kabus telah dijalankan di tempat tinggal mangsa bagi memastikan tiada lagi kes denggi berlaku,” katanya dalam kenyataan semalam.

Hasan berkata jumlah kes meningkat sebanyak 16 berbanding 359 pada minggu sebelumnya.

Tujuh negeri menunjukkan peningkatan berbanding minggu lepas iaitu Selangor meningkat 14 kes, Kedah (7), Negeri Sembilan (6), Perak (5), Kuala Lumpur/Putrajaya (5), Terengganu (2) dan Kelantan (1).

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  Over 800 gather for TalkHealthAsia women’s health summit

– Bernama