Terengganu perkenal pengawal pantai

Terengganu perkenal pengawal pantai

Kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan menempatkan pengawal keselamatan pantai di tempat-tempat peranginan seperti di pulau-pulau dan tempat penginapan berhampiran pantai di negeri ini.

Kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan menempatkan pengawal keselamatan pantai di tempat-tempat peranginan seperti di pulau-pulau dan tempat penginapan berhampiran pantai di negeri ini.

Ia bertujuan untuk mempertingkatkan keselamatan dan keselesaan pelancong yang berkunjung ke pusat-pusat peranginan berkenaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Untuk peringkat awal seramai lapan pengawal pantai ditempatkan di Pantai Bukit Keluang, Kuala Besut dan Pulau Redang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran pengawal pantai di Pulau Redang di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu, Ahmad Fathil Abd Ghani.

See also  Center for Strategic Research and Discover Russia Showcase Russia’s Tourism Potential at PATA Travel Mart 2026 in Malaysia

Katanya, untuk pusat-pusat pelancongan yang ingin menempatkan pengawal pantai di tempat peranginan mereka, kerajaan negeri dengan kerjasama pihak hotel, bersedia memberikan peruntukan sebanyak lima peratus daripada penyediaan alat keselamatan serta kos melatih pengawal keselamatan itu.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

– Bernama