‘Maidam’ belanja RM4 juta hantar 47 penuntut ke Jordan

‘Maidam’ belanja RM4 juta hantar 47 penuntut ke Jordan

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menghantar 47 penuntut ke Jordan tahun ini melibatkan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM4 juta.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menghantar 47 penuntut ke Jordan tahun ini melibatkan
perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM4 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam Wan Harujan Sulaiman berkata daripada jumlah itu 36 pelajar akan mengikuti pengajian Islam di bawah program Al-Ansar, lapan orang dalam program memperkasakan ulama dan tiga penuntut wanita dalam program  pakar sakit puan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Tahun lepas Maidam hanya menghantar lima pelajar ke Jordan. Setelah berbincang, kami rasakan ia perlu ditambah tahun ini,” katanya selepas majlis penutup kursus persediaan Bahasa Arab untuk penuntut berkenaan oleh Pengerusi
Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Khazan Che Mat semalam.

Wan Harunjan berkata kumpulan penuntut itu akan berlepas ke Jordan pada September dan akan mengikuti pengajian antara empat dan enam tahun dengan bantuan yang diberi antara RM9,000 dan RM12,000 setahun.

See also  AIA PUBLIC Takaful expands scholarship programme with RM3.2 million commitment

“Dulu Maidam cuma bagi bantuan untuk belajar sebanyak RM5,000 kepada mereka yang menuntut di Mesir manakala RM7,000 bagi yang belajar di Jordan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Tetapi kita telah tingkatkan sehingga RM12,000 setahun dengan syarat mereka memperoleh keputusan yang baik.

Kalau mereka nak duit lebih, mereka kena belajar bersungguh-sungguh,” katanya.

– Bernama