Labuan mencipta sejarah dengan melancarkan tempahan tiket feri penumpang mereka secara atas talian mulai hari ini.
Reiji Services telah diberi kepercayaan oleh ISRO Shipping untuk mengendalikan sepenuhnya perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini merupakan yang pertama seumpama dilakukan oleh pengendali perkhidmatan feri di Labuan.

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah untuk perjalanan harian dua hala; Labuan – Menumbok, Sabah dan Labuan – Brunei Darussalam.
Tempahan boleh di buat melalui reijionlinebooking.blogspot.com








