Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang yang bermula dua tahun lepas dijangka siap sepenuhnya pada Ogos ini, kata Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah.
Tun Hisan berkata projek itu menelan belanja kira-kira RM61 juta.
“Bangunan baru ini akan menggantikan IPD Serdang lama yang terletak di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, yang mana bangunan itu disewa oleh Polis Diraja Malaysia untuk sementara waktu,” katanya kepada pemberita selepas
melawat projek itu di Bandar Kinrara 5, di sini hari ini.
Beliau berkata IPD baru itu yang turut menempatkan Balai Polis Kinrara, mempunyai 18 blok kuarters polis.
Tun Hisan turut gembira dengan penurunan kadar jenayah yang berlaku di sekitar Serdang berikutan kerjasama baik antara orang awam danĀ polis.
“Di Serdang kita ada lebih 800,000 orang penduduk dan saya harap semua penduduk di sini menjadi ‘polis’ bukan hanya bergantung kepada 600 orang polis yang kita tempatkan,” katanya.
– Bernama