Adakah alkohol penyumbang masalah sosial negara?

Adakah alkohol penyumbang masalah sosial negara?

Penyalahgunaan alkohol boleh menyumbang kepada peningkatan masalah sosial, kata Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Jabatan Kebajikan Masysrakat (JKM) Azmir Kassim.

Penyalahgunaan alkohol boleh menyumbang kepada peningkatan masalah sosial, kata Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Jabatan Kebajikan Masysrakat (JKM) Azmir Kassim.

Beliau berkata antara masalah yang sering berlaku disebabkan penyalahgunaan alkohol ialah seseorang itu akan menjadi pengemis, kutu rayau atau sakit jiwa, berlakunya sumbang mahram, gangguan seksual, penceraian dan keganasan rumah tangga termasuk penderaan kanak-kanak.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Dari kajian yang dibuat oleh JKM, 15 peratus daripada 300 orang bergelandangan yang ditemuramah mengaku pernah minum arak, manakala bagi remaja bermasalah yang dibawah perlindungan JKM, 40 peratus mengaku pernah minum arak,” katanya pada Persidangan Meja Bulat ‘Arak dan Pencegahannya : Pengalaman Agensi Berkaitan’ di Ikim hari ini.

Azmir berkata kaedah terbaik adalah dengan mengurangkan atau menyekat sumber alkohol kerana ia akan menyumbang kepada kadar kejayaan mengawal ketagihan. “Jika masalah ini diambil perhatian serius, maka minda masyarakat tidak mengira bangsa dan agama akan melihat alkohol sebagai satu masalah yang besar,” katanya.

Beliau berkata masalah penyalahgunaan arak bukan isu Islam semata-mata tetapi perlu dijadikan isu nasional kerana ia melangkaui bangsa dan agama.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

– Bernama