Kastam rampas dadah bernilai RM1.5 juta di KLIA

Kastam rampas dadah bernilai RM1.5 juta di KLIA

Pegawai-pegawai kastam menumpaskan cubaan menyeludup masuk dadah bernilai RM1.5 juta menerusi KLIA pada Isnin dan Selasa lepas.

Pegawai-pegawai kastam menumpaskan cubaan menyeludup masuk dadah bernilai RM1.5 juta menerusi KLIA pada Isnin dan Selasa lepas.

Pengarah Kastam KLIA M. Govinden berkata bahawa pada Selasa lepas, pihaknya merampas empat bungkusan dadah dipercayai jenis Eramin 5 dari Shenzhen, China, yang dihantar melalui mel Pos Malaysia di KLIA, untuk penerima berlainan alamat di Selangor dan Kuala Lumpur.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Bercakap kepada pemebrita di sini hari ini, beliau berkata pihak kastam dapat mengesan alamat yang terdapat pada bungkusan itu tetapi penghuni kediaman itu tidak mengaku itu adalah barang beliau.

“Satu lagi alamat itu wujud tetapi rumah itu tutup dan hanya ada papan tanda ‘rumah untuk disewa’,” kata Govinden.

Beliau berkata 47,900 biji pil Eramin 5 yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM1 juta.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Dalam satu lagi kes, seorang warga Afrika berumur lingkungan 30-an ditahan  selepas tiba dengan penerbangan Qatar Airways pada 4 petang Isnin lepas.

“Setelah bagasi diperiksa, terdapat empat piston disaluti minyak hitam dan apabila dipecahkan terdapat bungkusan plastik mengandungi serbuk kristal disyaki dadah berbahaya jenis Methamphetamin,” kata Govinden.

Dadah seberat dua kilogram itu dianggarkan bernilai RM500,000.

– Bernama