Pegawai polis akan ditempatkan di FAM untuk memantau rasuah

Pegawai polis akan ditempatkan di FAM untuk memantau rasuah

Seorang pegawai polis akan ditempatkan di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi memantau kegiatan rasuah bola sepak di negara ini.

Seorang pegawai polis akan ditempatkan di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi memantau kegiatan rasuah bola sepak di negara ini.

Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata penempatan pegawai polis terbabit akan dibuat dalam masa terdekat.

“Langkah FAM ini bagi memastikan keberkesanan dalam menangani gejala rasuah bola sepak di negara ini. Kita juga ada jaringan dengan Fifa dan akan cuba sedaya upaya menanganinya,” katanya kepada pemberita selepas program kem dan
pertandingan antara pusat 1Mas hoki 2011 di Stadium Hoki Seremban 2 semalam.

Baginda menasihatkan kepada semua pegawai dan pemain bola sepak negara ini supaya menjauhi daripada amalan rasuah kerana ia tidak mendatangkan faedah.

“Saya merasa amat kecewa dengan perkara ini kerana ia boleh menjahanamkan sukan bola sepak negara. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali setelah usaha menghapuskan rasuah ini dibuat secara besar-besaran pada tahun 1995.

See also  Young athletes set 18 records at MOE-MSSM-MILO Championships

“Masih ingatkah lagi berapa ramai pemain kita rugi dan berapa lama pula kita mengambil masa untuk membina semula reputasi bola sepak negara termasuk kepercayaan peminat dan sebagainya.

“Walaupun perkara ini memang di luar bidang kuasa FAM, tapi kita cuma boleh menasihat dan memberi kerjasama dengan pihak polis untuk menbanteras gejala buruk ini,” katanya.

Katanya FAM memandang serius perkara ini dan telah mengambil langkah yang perlu termasuk di tahap Fifa.

“Usaha menangani gejala rasuah ini akan terus dijalankan dan kita harap semua pihak termasuk pegawai dan pemain supaya tampil ke hadapan untuk mendedahkan perkara ini.

Kita akan merahsiakan pemberi maklumat dan kita akan bertindak mengikut laporan yang diterima. Apa yang penting di sini ialah kita hendak tahu puncanya,” katanya.

See also  ACE Malaysia Squash Cup 2024 opens with record participation

Sementara itu, baginda yang juga Presiden Persekutuan Hoki Malaysia bersyukur kerana program 1Mas hoki ini mendapat sokongan Perdana Menteri termasuk sumber kewangannya.

Baginda berharap semua pihak memainkan peranan kerana masa depan sukan hoki berlandaskan kepada projek ini.

Program pembangunan sukan hoki ini yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 13 Dis 2010 dikhaskan untuk pemain bawah 17 tahun, bertujuan mencungkil bakat pemain muda di seluruh negara untuk projek 2017.

– Bernama