Dua ahli perniagaan bebas tuduhan tipu peguam

Dua ahli perniagaan bebas tuduhan tipu peguam

Dua ahli perniagaan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menipu seorang peguam melibatkan RM150,000, tiga tahun lepas.

Dua ahli perniagaan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menipu seorang peguam melibatkan RM150,000, tiga tahun lepas.

Hakim Jagjit Singh Baht Singh membuat keputusan itu terhadap M. SubhaSathiamoorthy, 42 dan S. Ramany, 45, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan keraguan melampaui munasabah di akhir kes pembelaan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Jagjit dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaan gagal membuktikanwujudnya elemen ketidakjujuran dalam urusan yang dilakukan oleh mereka berdua.

Katanya, kedua-dua tertuduh membuat segala urusan itu berdasarkan kontrak dan menerusi prosedur yang ditetapkan.

Kedua-dua tertuduh kelihatan gembira menarik nafas lega selepas mendengarkeputusan mahkamah itu.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menipu Fadzila Said untuk mempercayai bahawa mereka boleh mengendalikan kemudahan kewangan daripada Wachovia Bank sehingga peguam itu menyerahkan wang RM150,000 kepada mereka.

Perbuatan itu yang dilakukan di firma guaman Fadzila Said & Co, Peguambela dan peguamcara, No:80-2, Jalan 1/79, Desa Pandan, Cheras di sini pada 11 Jun 2008, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shashitah Mohd Hanifa manakala tertuduh diwakili peguam bela R. Thrichevam dan N. Kalyana Sundaram.

Seramai enam saksi pendakwaan dan enam saksi pembelaan dipanggil memberikan keterangan sepanjang perbicaraan itu.

– Bernama