PDRM menyeru rakyat berwaspada dengan panggilan penculikan

KUALA LUMPUR – Kita mungkin terkejut sekiranya menerima panggilan telefon yang memberitahu ahli keluarga anda diculik dan minta anda sediakan wang tebusan.

260614PenculikanPalsu
Photo courtesy to www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia

Kita mungkin terkejut sekiranya menerima panggilan telefon yang memberitahu ahli keluarga anda diculik dan minta anda sediakan wang tebusan.

Kes penculikan tidak boleh di ambil dengan mudah. Beberapa kes penculikan sebelum ini masih kekal misteri dan semakin berleluasa.

Baru-baru ini, pihak polis menerima beberapa laporan berkaitan panggilan penculikan palsu.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Ambil langkah yang bijak dan tidak panik menghadapi situasi tersebut kerana ia mungkin satu penipuan.

Ikuti modus operandi yang sering digunakan oleh sindiket ini:
1. Suspek menelefon mangsa yang kononnya wakil syarikat telekomunikasi mengarahkan mangsa untuk memadamkan telefon selama tempoh dua jam untuk tujuan kemaskini perkhidmatan 3G.
2. Seterusnya, suspek menghubungi ahli keluarga mangsa mengatakan anak mereka telah diculik (dalam tahanannya).
3. Bagi meyakinkan ahli keluarga mangsa, suspek akan mewujudkan situasi sebenar penculikan seperti suara mangsa menangis memohon pertolongan.
4. Ahli keluarga akan cuba menghubungi mangsa tetapi tidak berjaya kerana telefon telah dimatikan.
5. Suspek akan meminta sejumlah wang tebusan daripada keluarga mangsa untuk melepaskan mangsa dari tahanan.
6. Ahli keluarga yang percaya bahawa anak mereka telah diculik akan membuat pemindahan wang tebusan tersebut.

See also  Tourist's RM50 camera dispute with Grab driver goes viral

Nasihat Polis:
1. Sekiranya menghadapi situasi tersebut, sentiasa bertenang dan cuba sedaya upaya untuk mengenalpasti lokasi sebenar anak anda.
2. Minta bantuan atau buat panggilan telefon kepada rakan atau orang yang terdekat dengan anak anda.
3. Pemilik telefon disarankan supaya tidak mudah terpedaya dengan arahan yang diberikan oleh individu yang tidak dikenali.
4. Hubungi polis untuk minta bantuan sebelum serah wang tebusan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

________________________________

All news posted on this website are written by Malaysians from all walks of life who are trained by Citizen Journalist Malaysia. If you are passionate about writing, photography or  video storytelling and would like to contribute your articles, photographs or videos of events that is happening in your community, please (CLICK HERE)

See also  AI Untuk Rakyat: How to get your free AI subscription from the government

________________________________

For more updates, please like us on Facebook

Kevin George