Ahli Parlimen Shah Alam lancar program khas menghargai polis

Ahli Parlimen Shah Alam lancar program khas menghargai polis

Program ‘kempen mesra polis’ dan ‘jom lapor polis contoh` yang dilancarkan serentak peringkat parlimen Shah Alam diharap dapat membantu serta mengeratkan hubungan antara anggota polis dan komuniti setempat.

Program ‘kempen mesra polis’ dan ‘jom lapor polis contoh` yang  dilancarkan serentak peringkat parlimen Shah Alam diharap dapat  membantu serta mengeratkan hubungan antara anggota polis dan komuniti setempat.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata pelancaran program itu merupakan inisiatif bersama DUN Batu Tiga dan DUN Kota Anggerik mensasarkan penyertaan seluruh warga Shah Alam.

Malah, menurutnya pelancaran kempen mesra polis bagi memberi pengiktirafan dan anugerah kepada anggota polis menjalankan tugas dengan baik kepada masyarakat.

“Orang ramai yang berminat menyertai peraduan ini boleh mencalonkan nama dan menghantar butiran terperinci di pejabat wakil rakyat di mana tarikh tutup penyertaan pada 31 Disember ini.

“Hadiah diberikan untuk tempat pertama RM2,500, tempat kedua RM1,500 dan tempat ketiga RM1,000 manakala majlis penyampaian anugerah akan diadakan pada Mac tahun depan,” katanya pada sidang media di Shah Alam baru-baru ini.

See also  ANIFEST celebrates creative arts, ethics, and innovation

Majlis pelancaran kempen mesra polis turut dihadiri ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail.

Mengulas lanjut, Khalid berkata pihaknya turut menganjurkan peraduan menulis esei Bahasa Melayu dan Inggeris ‘jom lapor polis contoh’ terbuka kepada seluruh warga Shah Alam.

Menurutnya, setiap peserta berminat perlu menceritakan pengalaman atau kisah benar anggota polis memberikan contoh tauladan baik.

“Hadiah yang menanti peserta tempat pertama RM1,000, tempat kedua RM750 manakala tempat ketiga RM500 di mana tarikh tutup penyertaan pada 31 Julai ini,” katanya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.