Warga Tawau disaran mempertahankan warisan budaya

TAWAU: Generasi muda di daerah Tawau disarankan agar mengekalkan dan mempertahankan warisan budaya masing-masing oleh Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hajjah Hamisa Samat ketika merasmikan Sambutan Perayaan Hari Gawai peringkat Kampung Iban Merotai, Tawau kelmarin.

050614Gawai
Datuk Hajjah Hamisa bergambar kenangan bersama masyarakat Iban di Kampung Iban Baru, Merotai semasa sambutan Hari Gawai di kampung tersebut.

Generasi muda di daerah Tawau disarankan agar mengekalkan dan mempertahankan warisan budaya masing-masing oleh Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hajjah Hamisa Samat ketika merasmikan Sambutan Perayaan Hari Gawai peringkat Kampung Iban Merotai, Tawau kelmarin.

Malahan katanya, ada diantara mereka turut menganggap dialek Bahasa ibunda mereka sebagai lapuk serta ketinggalan zaman . Mereka juga memandang rendah dengan budaya bangsa mereka sendiri.

Hamisa berkata, “Jika generasi muda tidak memelihara dan mengamalkan seni dan budaya yang diwarisi, sudah tentu generasi akan datang tidak akan dapat mengenali apakah bentuk kebudayaan dan kesenian terutamanya yang mungkin sudah mula dilupakan atau tidak banyak ditonjolkan dalam masyarakat kita.”

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Katanya lagi bahawa, usaha mengekalkan adat dan budaya suku kaum Iban perlu dipertahankan serta dipelihara bagi memastikannya terus menjadi pegangan.

See also  AI Untuk Rakyat: How to get your free AI subscription from the government

“Tanpa usaha untuk melindungi adat serta budaya ini, tidak mustahil pada suatu hari nanti identiti kaum Iban ini akan hilang buat selama-selamanya dari dunia ini.” Tambah beliau.

050614Gawai2
Datuk Hajjah Hamisa bersama masyarakat Iban.

Tegas Hamisa, generasi muda hari ini tidak seharusnya memandang remeh akan keaslian dialek ibunda yang sememangnya merupakan tradisi daripada nenek moyang.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Sehubungan dengan itu, Hamisa turut menasihatkan agar generasi muda tidak mengubahsuai sesuatu budaya dengan sewenang-wenangnya.

“Ini kerana ia dikhuatiri akan merosakkan keaslian dan keunikan budaya tersebut.” Katanya lagi sambil menekankan bahawa generasi muda seharusnya berasa bertuah kerana mempunyai identiti budaya yang boleh dibanggakan.

Dalam majlis itu Hamisa turut menyaksikan adat Miring iaitu adat menyambut tetamu dan adat membuka Renyai tanda perasmian sambutan Hari Gawai bersama-sama dengan orang-orang Iban.

See also  The Penang ferry crossing has seen tragedy before — here is the worst one

Turut hadir sama Pemaju Mukim Merotai, Sandom Bayaan, Pemaju Mukin Tanjong Batu, Joh Mohd Amin, Ketua Kampung Iban Ulu, Lulot Ak Junggal, Wakil Ketua Anak Negeri, William Liang Pilai serta penduduk kampung.

________________________________

All news posted on this website are written by Malaysians from all walks of life who are trained by Citizen Journalist Malaysia. If you are passionate about writing, photography or  video storytelling and would like to contribute your articles, photographs or videos of events that is happening in your community, please (CLICK HERE)

________________________________

For more updates, please like us on Facebook

Gary Louis Supi