1450 pelajar di Labuan akan terima komputer

1450 pelajar di Labuan akan terima komputer

Seramai 1,450 pelajar di Labuan akan menerima komputer riba di bawah program 1Malaysia tahun ini. Guru diminta periksa setiap komputer setiap 3 bulan bagi memastikan ia tidak disalah guna.

Seramai 1,450 pelajar di Labuan akan menerima komputer riba di bawah program 1Malaysia tahun ini.

Anggota Parlimen Labuan Yussof Mahal berkata komputer riba sumbangan kerajaan itu adalah untuk memastikan pelajar-pelajar celik komputer.

“Bukan itu sahaja, kami dalam kerajaan juga ingin memastikan pelajar-pelajar yang tidak mampu untuk memiliki komputer peribadi, memperolehi akses kepada maklumat berkaitan sekolah, menerusi internet,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan komputer riba kepada pelajar hari ini.

Sejumlah 450 pelajar dari 27 sekolah menerima komputer riba 1Malaysia hari ini, manakala selebihnya akan mendapat komputer riba mereka sebelum hujung tahun.

Yussof seterusnya mengingatkan pelajar-pelajar supaya tidak menyalahguna kumputer riba itu, dengan menjualnya untuk mendapat untung cepat, dan jika didapati mereka hendak menjualnya, komputer itu akan ditarik balik.

See also  Rethinking education: Learning with joy, purpose, and empathy

Beliau mencadangkan pihak berkuasa sekolah supaya memantau degan rapi penggunaan komputer riba itu, yang diagihkan di seluruh negara dibawah Rancangan Jalur Lebar Nasional, bagi meningkatkan keupayaan infrastruktur jalur lebar dan membawa internet kepada semua.

“Para guru perlu memastikan pelajar menggunakan komputer riba mereka dengan bijak, dan mereka perlu membuat pemeriksaan setiap tiga bulan bagi memastikan ia tidak disalah guna,” katanya.

Yussof berkata kerajaan sudah mengenal pasti tiga kampung di Labuan yang akan dijadikan kampung-wifi sepenuhnya, dan ia dijangka dapat dilaksanakan sebelum hujung tahun ini.

Menurutnya ia terdiri daripada Kg Layangan, Kg Lajau dan sebuah lagi yang masih belum ditetapkan, yang masih dikaji untuk memastikan ia benar-benar memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan.

See also  Commercialising university innovation with the spinout business

– Bernama