Terengganu berhasrat perluaskan penggunaan Bahasa Inggeris

Terengganu berhasrat perluaskan penggunaan Bahasa Inggeris

Terengganu berhasrat memperluaskan penggunaan Bahasa Inggeris pada kalangan rakyatnya, terutama dalam kelompok pelajar dan guru.

KUALA TERENGGANU – Terengganu berhasrat memperluaskan penggunaan Bahasa Inggeris pada kalangan rakyatnya, terutama dalam kelompok pelajar dan guru.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abd Rahman berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri ‘Anjung Ilmu’.

“Kita telah melaksanakan beberapa  program  seperti Program Pembantu Bahasa Inggeris (ETA), Pusat Latihan Bahasa Inggeris dan Kem Bahasa Inggeris bagi meningkatkan penggunaan bahasa tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia (MELTA), di sini semalam.

Ahmad Razif berkata ramai pelajar di negeri itu mencatatkan keputusan peperiksaan Bahasa Inggeris yang cemerlang, namun tiada keyakinan diri untuk berkomunikasi dalam bahasa tersebut.

See also  APU partners with OMG to transform media education

“Kita perlu menggesa guru serta pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris kerana ia adalah bahasa antarabangsa,” katanya. Usaha untuk menguasai bahasa Inggeris itu kata beliau, boleh dilakukan dengan pelbagai cara termasuk menggalakkan pertuturan dalam semua kegiatan.