Hampir RM2 juta untuk melebar jalan di Kok Lanas and Ketereh

Hampir RM2 juta untuk melebar jalan di Kok Lanas and Ketereh

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan hampir RM2 juta untuk menjalankan projek pelebaran jalan alternatif dan membaik pulih rumah penduduk miskin di dua kawasan iaitu Kok Lanas dan Ketereh.

KOTA BAHARU – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan hampir RM2 juta untuk menjalankan projek pelebaran jalan alternatif dan membaik pulih rumah penduduk miskin di dua kawasan iaitu Kok Lanas dan Ketereh, dekat sini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, peruntukan itu diluluskan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) setelah mengambil kira kesulitan yang dihadapi penduduk ekoran kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

“Projek pelebaran jalan alternatif ini melibatkan 12 lalu lintas antaranya Banggol Kewat melalui Dendang, Padang Lembek dan Taman Haji Ali, Kemubu ke Belukar Ruas terus ke Kubang Kiat dan dari Taman Puspa Jaya ke Kampung Lubok Besar. Pelebaran ini dilakukan bagi mengatasi kesesakan lalu lintas yang teruk terutama pada musim perayaan dan cuti sekolah di kawasan ini yang juga merupakan laluan alternatif ke Kota Baharu,” katanya kepada pemberita selepas Program Info Bersepadu Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas di sini semalam.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Beliau berkata projek pelebaran jalan alternatif itu membabitkan peruntukan berjumlah RM1.25 juta. Jelasnya pelebaran jalan alternatif itu dijangka siap sebelum Ramadan untuk digunakan semasa orang ramai pulang ke kampung pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Selain itu, Md Alwi berkata sebanyak RM600,000 lagi diperuntukkan bagi membaik pulih 200 rumah penduduk miskin melalui program pembasmian kemiskinan.

“Bagi projek ini sebanyak RM3,000 diperuntuk untuk sebuah rumah yang akan dibaik pulih dan sekarang ini pihak kami memilih senarai nama mereka yang layak dan baik pulih itu akan dijalankan pada Jun nanti,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →