Lelaki mati tergantung dalam lokap balai polis

Lelaki mati tergantung dalam lokap balai polis

Seorang lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pencerobohan kediaman ditemui mati dalam lokap Balai Polis Simpang Renggam hari ini.

Seorang lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pencerobohan kediaman ditemui mati dalam lokap Balai Polis Simpang Renggam hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Fawzi Arshad berkata Nasrul Redzuan Mohamad, 25, ditemui mati tergantung kira-kira pukul 10.20 pagi oleh anggota polis yang bertugas ketika mahu memindahkan lelaki terbabit ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Nasrul Redzuan ditahan polis selepas dipercayai menceroboh kediaman salah seorang penduduk di kawasan Simpang Renggam dan menyerang sehingga mengakibatkan kecederaan pada mangsa pada kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

“Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam sebelum ditempatkan sementara di lokap tahanan bagi proses laporan. Bagaimanapun, ketika anggota bertugas ingin memindahkannya ke IPD Kluang, anggota berkenaan menemui dia mati tergantung di dalam lokap tersebut,” katanya kepada pemberita.

Mohd Fawzi berkata pemeriksaan lanjut mendapati Nasrul Redzuan yang berasal dari Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Negeri Sembilan, menggantung dirinya menggunakan seutas tali.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Beliau berkata mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Kluang untuk bedah siasat.

– Bernama