Operasi pemutihan rumah perlindungan di Selangor

Operasi pemutihan rumah perlindungan di Selangor

Exco Kebajikan Negeri Selangor, Rodziah Ismail berkata pihaknya akan mula menjalankan operasi pemutihan rumah-rumah perlindungan dan kebajikan yang terdapat di negeri ini yang dinamakan Operasi Selangor Prihatin Masyarakat ‘Ops Selamat’.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat pada 21 Mei lalu.

Exco Kebajikan Negeri Selangor, Rodziah Ismail berkata pihaknya akan mula menjalankan operasi pemutihan rumah-rumah perlindungan dan kebajikan yang terdapat di negeri ini yang dinamakan  ‘Operasi Selangor Prihatin Masyarakat’  ‘ Ops Selamat’.

Menurutnya, pada peringkat awal pihaknya akan mulakan dengan mengeluarkan surat arahan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah di Selangor untuk mengenal pasti kewujudan dan lokasi rumah-rumah perlindungan dan kebajikan yang terdapat di negeri ini.

See also  Forest City gains momentum with high-profile visit

“Rumah-rumah tersebut termasuklah rumah anak yatim, rumah orang tua, rumah orang kelainan upaya (OKU), rumah ibu tunggal dan lain-lain rumah perlindungan dalam kategori kebajikan,” katanya menerusi satu kenyataan media, semalam.

Rodziah berkata, langkah seterusnya ialah pihaknya akan memeriksa sama ada semua rumah ini benar-benar mengikuti setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Menurutnya, peraturan tersebut termasuklah memiliki lesen-lesen khas seperti lesen premis dan sijil layak menduduki (CF) yang dikeluarkan oleh PBT, lesen perniagaan daripada Pendaftar Perniagaan dan lesen operasi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Jika kita dapati masih ada rumah-rumah ini yang tidak memiliki lesen-lesen berkenaan, mereka diminta supaya segera berbuat demikian,” katanya.

See also  Malaysia ranks 4th globally in skyscraper count

Rodziah yang juga merangkap pengerusi jawatankuasa tetap kebajikan, hal ehwal wanita, sains, teknologi, novasi dan kebudayaan menyasarkan ops selamat berlangsung dalam masa tiga bulan dari sekarang.

Menurutnya, beliau berharap akhirnya melalui Ops Selamat ini semua rumah perlindungan dan kebajikan di negeri Selangor telah dikenalpasti status mereka.

“Pada masa yang sama, melalui Ops Selamat ini juga Kerajaan Negeri Selangor melalui JKM Selangor akan mewujudkan Pusat Sehenti (One Stop Centre – OSC), bertujuan mengkoordinasi pengeluaran lesen-lesen yang dikeluarkan oleh PBT, ROS dan JKM sebelum diberikan kelulusan kepada pihak yang memohon,” katanya.