Pemuliharaan dugong

Pemuliharaan dugong

Bengkel mengenai pemuliharaan dugong di bawah Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Konvensyen Spesies Penghijrah (UNEP/CMS) akan diadakan di sini bermula 26 Julai.

LAWAS – Bengkel mengenai pemuliharaan dugong di bawah Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Konvensyen Spesies Penghijrah (UNEP/CMS) akan diadakan di sini selama empat hari bermula 26
Julai depan.

Koordinator Hidupan Liar Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Samantha Kwan berkata 22 saintis marin antarabangsa akan mengendalikan bengkel itu yang dijangka melibatkan kira-kira 50 peserta tempatan.

Saintis akan berkongsi hasil penemuan mereka dengan peserta tempatan mengenai cara untuk memulihara dugong, mamalia laut yang kini diancam kepupusan, katanya kepada pemberita lepas mengunjungi anggota Parlimen Lawas, Henry Sum Agong, di sini.

 

Beliau  berkata pemilihan Lawas sebagai venue bengkel itu diputuskan pada mesyuarat UNEP/CMS di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) tahun lepas.

See also  Garmin, Reef Check partnership removes 755kg of ocean waste

Kawasan dasar laut perairan Lawas kaya dengan rumpai yang bukan sahaja menjadi makanan dugong tetapi juga hidupan marin lain seperti penyu dan kuda laut, katanya.