Ops Jawi akibatkan bekas polis jatuh dan mati

Ops Jawi akibatkan bekas polis jatuh dan mati

Seorang bekas anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bleeding Hearts by bubblefish

Seorang bekas anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) yang melakukan operasi cegah maksiat di hotel berkenaan awal pagi semalam.

Ketika cuba melarikan diri melalui tingkap biliknya yang terletak di tingkat 16 hotel itu di mana dia menginap dengan pasangannya, mangsa yang berumur 49 tahun itu terjatuh di beranda tingkat lima bangunan dalam insiden kira-kira 2 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Beliau berkata mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Zulkarnain berkata pihak Jawi telah mengambil keterangan daripada pasangan mangsa yang dipercayai janda berumur lingkungan 40-an untuk membantu siasatan.

— Bernama

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →