RM1.5 Juta diperuntukan bantuan persediaan pelajar Ke IPTA

RM1.5 Juta diperuntukan bantuan persediaan pelajar Ke IPTA

Yayasan Terengganu (YT) memperuntukkan sebanyak RM1,511,750 bagi bantuan persediaan kepada 2,482 pelajar yang akan mengikuti kursus matrikulasi dan diploma di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh negara.

Yayasan Terengganu (YT) memperuntukkan sebanyak RM1,511,750 bagi bantuan persediaan kepada 2,482 pelajar yang akan mengikuti kursus matrikulasi dan diploma di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh negara.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata daripada jumlah itu sebanyak RM703,500 adalah bantuan kepada pelajar yang akan mengikuti kursus matrikulasi dengan setiap pelajar diberi bantuan masing-masing sebanyak RM500.

“Sebanyak RM808,250 lagi diberikan kepada pelajar yang mengikuti kursus diploma dengan masing-masing diberi RM750.

“Bantuan itu tidak termasuk pelajar yang mengikuti kursus persijilan dan mamasuki asrama di mana masing-masing diberi bantuan persediaan sebanyak RM500 seorang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persediaan YT matrikulasi dan diploma di sini Isnin.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  AIA PUBLIC Takaful expands scholarship programme with RM3.2 million commitment

Sementara itu, katanya semua pelajar Terengganu yang akan mengikuti kursus ijazah pada sesi pengambilan akan datang akan diberi bantuan sebanyak RM1,000 seorang pada September ini.

Ahmad berkata jumlah keseluruhan bantuan persediaan bagi pelajar Terengganu memasuki pusat-pusat pengajian tinggi masih belum diketahui kerana pelajar yang mengikuti kursus ijazah dan yang memasuki Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) masih belum diterima.

Ahmad berkata pelajar tajaan YT di luar negara kini berjumlah 384 orang.